Welcome to ctmegmy.com

Welcome everyone. Thank you for visiting my blog. This blog is purposely to share homemade chocolate, cooking receipe and some flower's decoration (for any occasion). Any enquiry are most welcome.



Wednesday 27 July 2011

Kek Pisang


Malam tadi berkesempatan membuat kek pisang memandangkan ada lebihan pisang emas dirumah. Masa yang diambil untuk membuatnya agak cepat, 20 minit persediaan dan 30-35 minit masa membakar. Maaf sekiranya gambar yang diambil tidak begitu jelas kerana diambil dari handphone saja. Ok, ini dia bahan-bahannya dan cara-caranya:

Bahan-bahan:
4-5 biji pisang emas (dilenyek)
2 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula castor
1 cawan marjerin
2 sudu kecil soda bikabornat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur (saiz sederhana)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar minyak mazolla

Cara-Cara:
1.Putar gula dan marjerin bersama sehingga kembang.
2.Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga betul2 kembang.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, soda bika dan baking powder diselang-seli dengan susu segar.
4.Masukkan minyak dan putar lagi sehingga adunan betul2 kembang dan ringan.
5.Sapu sedikit minyak pada acuan dan masukkan adunan kedalam oven.
6.Bakar pada suhu 180degree celcius selama 35 minit dan siap.

Mudah bukan? Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment