Welcome to ctmegmy.com

Welcome everyone. Thank you for visiting my blog. This blog is purposely to share homemade chocolate, cooking receipe and some flower's decoration (for any occasion). Any enquiry are most welcome.



Sunday 24 July 2011

Mee Hailam



Hah, sempat jugak aku memasak mee hailam sabtu lepas. Mula-mula ingat nak buat mee goreng tapi dah biasa buat menu tu, jadi tukarlah menu sikit.. buat mee hailam.. bahan2 dia aku buat dengan apa yang ada dalam peti ais. Nasib baik lah cukup bahan2 dia..ok, ni dia...


Bahan-bahan:
1 paket mee
5 batang isi ketam (dipotong dadu)
sedikit isi ayam (dipotong kecil)
seketul tauhu telor (dipotong dan digoreng)
5-8 ketul udang galah
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 biji lada hitam (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
2-3 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
sedikit air masak
1-2 sudu besar kicap pekat

Cara-Cara:
1. Potong tauhu telur dan goreng, kemudian ketepikan dahulu.
2. Keluarkan mee dari paket, basuh dan rendam dengan air panas selama 10-15 minit dan kemudian toskan.
3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan isi udang, ayam dan ketam dan tumis sehingga bahan2 ini hampir masak.
5. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air sekiranya kuah menjadi sedikit.
6. Masukkan sayur sawi dan tauhu telur yg telah digoreng tadi.
7. Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa).
8. Bancuh tepung ubi bersama air dan masukkan ke dalam kuali dan kacau. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
9. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau.
10. Setelah telur sebati bersama kuah tadi, bolehlah tutup air dan masukkan ke dalam mangkuk.
11. Kuah mee hailam ini sedap dihidang panas2 bersama mee tadi.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment