Welcome to ctmegmy.com

Welcome everyone. Thank you for visiting my blog. This blog is purposely to share homemade chocolate, cooking receipe and some flower's decoration (for any occasion). Any enquiry are most welcome.



Sunday 3 July 2011

Nasi Ayam Penyet

So, agak lama tak tulis dan kemaskini blog ni.. buat coklat mengikut tempahan sahaja.. jika ada tempahan, barulah buat. Ok, just want to share something that last weekend, my mother, MIL, FIL, my adopted sister with her daughter was "in the house!". So I made some "Nasi Ayam Penyet" for them, and all of them like it very much, ecpecially the soup... here is the receipe:

Ayam:
1 ekor ayam
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari
1 inci halia (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu ketumbar (disangan dan ditumbuk)
1 sudu intan manis (disangan dan ditumbuk)
1 sudu jintan putih (disangan dan ditumbuk)
2 sudu serbuk lada putih

Nasi:
3 cawan beras (untuk 5-6 org makan)
5-6 cawan periuk sedang air rebusan ayam
1 ketul kiub ayam knorr
sebatang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
sedikit mentega/minyak sapi untuk menumis

Sambal:
5 biji cili merah besar (digoreng layu)
5 biji cili api (digoreng layu)
sedikit belacan (digoreng)
segenggam ikan bilis (digoreng)
gula dan garam sedikit
1 buji buah tomato

Cara-Cara:
1. Ayam direbus dahulu dan simpan air rebusan untuk masak bersama nasi dan sup.
2. Keluarkan ayam dari periuk dan gaulkan bahan2 untuk ayam tadi sehingga sebati dan perap (2-3 jam). Letak sedikit air jika campuran agak kering.
3. Basuh beras dan toskan.
4. Tumis bahan2 untuk nasi sehingga naik bau.
5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan 3-2 cawan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi.
6. Untuk sambal, goreng layu bahan2 yang disebut diatas dan kisar bersama-sama.
7. Masakkan semula sambal yg telah dikisar ini ke atas kuali dan letakkan sedikit garam dan gula.
8. Untuk membuat sup, ambil air rebusan ayam tadi dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bersama kiub ayam.
9. Tambah sedikit garam dan gula mengikut rasa.
10. Akhir sekali, goreng ayam yg telah diperap tadi.
11. Potong salad dan tomata untuk dimakan bersama nasi ayam ini.

Maka, terhasillah Nasi Ayam Penyet ini..sekali sekala buat bagus jugak.. anak2 suka makan sup ayam.. ayam yg digoreng adalah lembut kerana telah direbus dahulu.

No comments:

Post a Comment